Saturday, May 28, 2011

Kualiti atau kuantiti?


Persahabatan ni macam ada musim-musimnya. Mula-mula kita kenal, lama-lama jadi rapat gila. Lepak sama, makan sama, tidur pun kadang-kadang sama. Satu ketika, kita rasa macam dah kenal sangat lah dengan orang tu. Kamcing gila babeng, bak kata orang.

Lumrah hidup, setiap perkenalan, pasti berakhir dengan perpisahan. Masing-masing bawa haluan masing-masing. Bila sampai tempat baru, pusingan yang sama bermula. Kenal, rapat, bye-bye.

Dalam sepanjang perjalanan tu, pasti kita ada simpan satu, dua atau mungkin lebih, yang betul-betul dekat di hati. Orang sebut 'best friends'. Tapi apa jadi dengan yang lain? Yang dulunya pernah makan sama tidur sama gosip sama. 

Soalnya sekarang, perlukah ada 10 yang betul-betul dekat di hati, yang konon kawan sampai mati, atau perlu ada 100, yang kalau pergi mana pelosok negara pun, pasti akan jumpa sekurang-kurangnya satu, buat teman lepak sementara waktu.

Kualiti, atau kuantiti?

Saya tamak. Saya mahu kedua-duanya. Yang 10 itu, dan yang 100 itu. Tapi rasanya semua setuju, memang susah nak 'maintain' suatu persahabatan. Ya, yang 100 itu pun, takkan nak buat muka tak malu, tiba-tiba datang Melaka terus 'Eh aku dekat Melaka ni, boleh tumpang rumah kau tak?'. Pasti perlu buat kerja 'groundwork' dulu, iaitu 'maintaning the friendship'. 'I'm guilty!', itu yang saya boleh katakan. Cepat lupa diri, cepat sangat selesa dengan sesuatu, sampai terabai yang lain. Untuk itu, saya mohon maaf.

Bukan nak menuding jari, tapi persahabatan 'work two ways'. Ada persahabatan yang cuba diselamatkan, yang nampak macam nak kecundang. Tapi setakat manalah boleh berusaha, kalau sebelah pihak lagi hanya menunggu. Tunggu ditanya, tunggu diberitahu, tunggu diajak, tunggu tunggu tunggu. Komunikasi itu kan dua hala, kalau satu yang bercakap tot tet tot tet, satu lagi diam, yang bercakap tu lama-lama jadi penat, jadi bengang. Seolah-olah sebelah pihak lagi tiada minat nak selamatkan apa yang tinggal, macam tak kisah. Alasan sama diberi setiap kali, sampai bosan telinga mendengar. 'Macam busy je aku tengok ko, taknak la kacau' 'Oh nampak macam ko dah ada gang baru, siapalah kami ni' Arghhhh alasan alasan. 

Ada sebab kenapa 10 itu 10, dan 100 itu 100. Yang 10 itu sama-sama berusaha, bekerja. Yang 100 itu, mungkin hanya satu yang berusaha, atau dua-dua berusaha cukup makan. Memang perlu ada yang 100 itu, sebab kalau ada 100 'best friends' orang kata gila pulak. Tapi yang sedih, kalau yang dari 10, masuk ke 100.

Orang kata kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Itu yang kita tak boleh kawal, tapi persahabatan? Semua ditangan kita. Kita boleh pilih siapa kita nak kenal, siapa kita nak rapat, siapa kita nak bye-bye.

Terpulanglah pada diri masing-masing. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.