Showing posts with label personal view. Show all posts
Showing posts with label personal view. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Happy Women's Day!

Macam kebetulan terfikir nak blog pasal ni and hari ni Hari Wanita Sedunia. Guess what I'm going to write about? 

BEAUTY TIPS!

Haha. Not qualified, I know. But remember this? 'Sampaikanlah walaupun sepotong ayat'. So kalau ada sedikit pun ilmu kita kena share :)

Selain daripada prepare for the wedding day itself, B2B akan prepare herself for the big day, as in jaga all aspects of her beauty yada yada yada. Now that I'm in that phase, barulah terasa oh God kenapa lambat sangat baru nak realize ni kurang, tu terlebih, that shouldn't be there and the list goes on. Kalaulah dari zaman remaja dulu dah sedar at least now just kena maintain je and bukan baru nak start. Ye, sepatutnya bukan baru nak start jaga itu ini bila tahu nak kahwin ye. Kalau tahu setahun awal nak kahwin takpelah juga, buatnya boyfriend kau ajak kahwin bulan depan tak ke terhegeh-hegeh nak pergi spa sana sini, masa tu dah terlambat diknon. And one more thing these beauty regimes bukan nya seminggu dua dah boleh show results, at least kena 3-6 months, itu pun kalau betul-betul jadilah. Another thing, it is too risky to change your beauty regime at the very last minute, especially skin care regime sebab kalau tak sesuai and you have breakouts and all, takut tak sempat je nak betulkan balik. 

So ladies, please start early. Start now! 

Selalunya perempuan ni (me included), especially yang bertudung, kita just fikir nak jaga muka sebab itu je yang nampak. Yang lain tu secondary. But actually semua pun penting and kena jaga. Let me share apa yang kita selalu lupa/abaikan based on my experience (sebab sendiri pun tak amik kisah sangat dulu :P)

1. Nail and cuticle
Malu nak mengaku actually, but for the sake of sharing. Seumur hidup baru pernah buat manicure sekali, itu pun bila kesedaran timbul few days before nak bertunang haritu. Cina yang buat tu pun geleng kepala and cakap, 'Ini banyak keras wo, you kena selalu datang'. Lebih kurang camtu lah ayat dia. 

So at least once a week, rajin-rajinkan lah remove your cuticles and apply nail and cuticle oil untuk mendapatkan jari-jemari yang lembut mulus. luls. Tak perlu pun pergi salon, buat kat rumah pun boleh. Just buy the necessary stuff and tengok Youtube. 

2. Scars and stretch marks
Old acne scars and surgery scars boleh try guna Bio Oil. Untuk stretch marks dekat you-know-where sebab berat fluctuates like crazy, boleh try Palmers Cocoa Butter. Stretch mark ni kadang-kadang kita tak bother pun nak check sebab ingatkan perempuan mengandung je develop stretch marks, tapi sekali sekala cuba examine your whole body. Boleh Google untuk keterangan lebih lanjut mana nak cari stretch mark areas especially for women :P

3. Eye bags
Oh tell me about it! My biggest concern is my eye bags! Dah baca (read:baca, bukan buat :P) macam-macam kat Internet and ada la buat a thing or two, tapi doesn't seem to work. Tegar sungguh eyebags ku ini (or maybe I didn't try hard enough). 

Wash your face with ice cold water in the morning, massage around the eye area, use eye patch, use eye cream, place frozen cucumber slices on the eyes. Dah cuba semua ni tapi give up half way sebab tak nampak kesan. Nampak sangat tak sabar. But you guys yang ada eye bags problem cuba buat those tips above consistently and tell me jadi ke tak okeng.

4. General well-being
Ni paling basic yang semua orang tahu tapi couldn't care less. Untuk luar nampak cantik, it must come from within. Cewah. That's why it's important to take care of your well-being, by eating well, exercising and by looking after your personal hygiene. 

Take fruits and vegetables everyday, UK NHS suggest five 80 grams portions every day. The campaign is called '5 A Day'. *tetiba promote kempen NHS*

Exercise at least 3 times a week. Tak perlu sign up gym membership pun. Buat kat bilik pun boleh. Tengok Youtube sudah. Exercise bukan sebab nak turun berat je tau, untuk yang dah ada ideal weight, buatlah toning exercise pulak. 

Personal hygiene tu faham faham sendirilah eh. Baju laundry elok-elok, cadar tu rajin-rajin tukar, kalau pakai make-up jangan lupa pakai make-up remover, contact lens jangan biar sampai kering yada yada yada. Rumah, bilik, dapur pun kira termasuklah sekali, janganlah muka cun body mantap tapi suami balik rumah ya ampun macam tongkang pecah. hihi

I think that's about it. Ingat, start now! Tambah-tambah dah meningkat usia ni (25 this year waw!) lagi macam-macam kena jaga. Belum cakap pasal supplement, pasal wrinkles, aging oh noooooooooooooo!


Here's to all beautiful ladies out there! :D




Saturday, November 12, 2011

Terlampau melampau!

Salam,

Sigh.

Ye, tak elok mengeluh, tapi pasal ni kena mengeluh juga. 

Apa nak jadi la dengan artis-artis Malaysia ni. Teruk sangat dah jadinya. 

I admit, saya pembaca tegar BeautifulNara -___- But I don't expect to read about 'F*sha pergi event pakai bareback dress', 'Z*rina A*n Jo*lie amik gambar macam Kim Kardashian', or 'Nabil* H*da pakai bikini kat Pulau Tioman'. 

Melampau seh korang.

Seriously, apa masalah diorang ni? Last time I checked they are all Muslims. Berpada-padalah kalau taknak tutup aurat pun *I know this doesn't sound quite right sebab mmg kita WAJIB turut aurat but I hope you get my point*. Dulu kala takat nampak rambut je, now slowly semua benda nak tayang. Rasanya among artists ni, diorang ada pertandingan 'Who shows the most skin is the most popular' kot. 

Korang tu public figure kot, like or not, good or bad, people tend to follow you. Kalau good, baguslah. Contoh macam cerita 'Fash* gunakan scrub dari pati halia untuk kulit badan yang licin', atau cerita 'Zar*na A** J*ulie makan  2 kg sayur setiap hari untuk jaga kulit'. Ha kan bagus camtu, takde masalah kalau orang nak follow.

Ni korang pergi pakai tak senonoh tu, nanti anak perempuan Kak Temah tengok cakap 'Mak, boleh tak adik nak pakai dress macam F**sha pergi birthday party Sandha (bukan nama sebenar)'. Anak lelaki Kak Temah pulak duduk terperuk dalam bilik mengadap gambar Za*ina dalam magazine FHM. Naya naya.

But in all seriousness, sedih teramat sangat tengok perangai artis sekarang. Langsung tolak tepi soal agama. Astaghfirullahalazim. Orang lain berlumba-lumba sebarkan dakwah, at the same time, artis-artis ni berlumba-lumba tayang body. Makin lama makin teruk. Kalau bukan public figure, at least tersorok jugak la dosa korang buat tu, walaupun Allah nampak jugak. Ni public figure, beratus kali ganda orang tengok.

Kalau artis amik dadah kena gam dari TV for a period of time, why not kita gam artis-artis terlampau ni? Mungkin bila duit tak masuk poket baru sedar kot. 

Monday, July 11, 2011

Kira Kira Kahwin

Salam,

Pada suatu malam yang indah, tiba-tiba datanglah satu 'random thought' untuk buat belanjawan. Well actually takde lah random mana. Ada satu hari tu ternampak status seseorang di Facebook, pasal dia sit for an hour untuk buat financial projection/planning dia for the next 10 years. 'Interesting', hati ku berkata. Makanya pada suatu malam yang bosan, terjadilah Kira Kira Kahwin seperti di bawah.

Mungkin ada yang kata I went overboard by planning all these, tapi saja ada aku kesah? Aku nak kahwin grand and most importantly tak mahu buat pinjaman *InsyALLAH*. Jadi, if you are with me, teruskan membaca. Sharing is caring, yo!

Umur yang standard orang sekarang kahwin ialah sekitar 26-28 tahun. Masa tu kerja dah stabil, tak lompat-lompat lagi, income pun of course dah stabil once kerja dah stabil.

Let's give ourselves four years from now before we get hitched. 

Let say you need..

RM 15,000 for wedding

RM   6,000 for honeymoon (kalau local maybe less, ini contoh yang nak honeymoon pergi buat umrah)

RM  5,000 (contribution on your part) untuk fill up your first house with your spouse. Rumah ni tak semestinya korang beli lagi, could be korang sewa je dulu. This amount untuk korang start beli perabot etc. 

So total korang perlukan RM 26,000.

Jadi berapa banyak korang kena save sebulan untuk dapat RM 26,000 dalam account by end of four years? Simple math.

RM 26,000/ 4(12) = RM 542

Yes, korang kena save up RM 542 sebulan. Nampak macam banyak kan? Lepas buat kira-kira hari tu pun rasa macam 'Mak oi banyak nya, nak makan apa???' 

Tapi kira-kira ni sangat relevan ye kawan-kawan. Mungkin korang fikir eh muda lagi, nak fikir pasal kahwin buat pe, buat sesak otak je, nak berfoya-foya dulu lah. Ye, berfoya-foya lah korang selagi larat, tapi at the end of the day, korang nak kena kahwin jugak. 

Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda;

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

Takkan lagi 6 bulan nak kahwin baru menggagau garu kepala fikir mana nak cari duit. Kan bagus kalau dari awal bekerja dah sebelahkan duit untuk belanja kahwin. Sebelahkanlah jugak duit untuk korang berfoya-foya. Tak salah pun. Fair and square. 

Ye, RM 542 sekarang nampak sangat besar. Tapi bayangkan kalau korang start lambat, tinggal setahun lagi nak kahwin, korang kena simpan double tau. RM 1000 sebulan. Pergghhh, masa tu lah terpaksa makan maggi 20 hari sebulan, tak beli baju and kasut 4 bulan, tak kasi duit kat mak 6 bulan, tak tengok movie 8 bulan. Sure taknak kan macam tu? Biarlah nak kahwin pun boleh lagi makan Fish N Chips :)))

Oleh itu, mari semua, kita start menabung. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Saya nak wedding yang boleh tahan grand, tapi bukan tahap artis lah yang pasti. Tee hee hee. Simple tapi grand, cemana tu? I mean at least dapat la apa yang nak, takde la kene kemut sebab tak cukup bajet, you know what I mean? Tapi harapnya tak go overboard lah, thanks to TheOtherKhairul kerana mengingatkan. 

Jom menabung?


p/s: Jangan lupa simpan kat Tabung Haji jugak okay?

Saturday, May 28, 2011

Kualiti atau kuantiti?


Persahabatan ni macam ada musim-musimnya. Mula-mula kita kenal, lama-lama jadi rapat gila. Lepak sama, makan sama, tidur pun kadang-kadang sama. Satu ketika, kita rasa macam dah kenal sangat lah dengan orang tu. Kamcing gila babeng, bak kata orang.

Lumrah hidup, setiap perkenalan, pasti berakhir dengan perpisahan. Masing-masing bawa haluan masing-masing. Bila sampai tempat baru, pusingan yang sama bermula. Kenal, rapat, bye-bye.

Dalam sepanjang perjalanan tu, pasti kita ada simpan satu, dua atau mungkin lebih, yang betul-betul dekat di hati. Orang sebut 'best friends'. Tapi apa jadi dengan yang lain? Yang dulunya pernah makan sama tidur sama gosip sama. 

Soalnya sekarang, perlukah ada 10 yang betul-betul dekat di hati, yang konon kawan sampai mati, atau perlu ada 100, yang kalau pergi mana pelosok negara pun, pasti akan jumpa sekurang-kurangnya satu, buat teman lepak sementara waktu.

Kualiti, atau kuantiti?

Saya tamak. Saya mahu kedua-duanya. Yang 10 itu, dan yang 100 itu. Tapi rasanya semua setuju, memang susah nak 'maintain' suatu persahabatan. Ya, yang 100 itu pun, takkan nak buat muka tak malu, tiba-tiba datang Melaka terus 'Eh aku dekat Melaka ni, boleh tumpang rumah kau tak?'. Pasti perlu buat kerja 'groundwork' dulu, iaitu 'maintaning the friendship'. 'I'm guilty!', itu yang saya boleh katakan. Cepat lupa diri, cepat sangat selesa dengan sesuatu, sampai terabai yang lain. Untuk itu, saya mohon maaf.

Bukan nak menuding jari, tapi persahabatan 'work two ways'. Ada persahabatan yang cuba diselamatkan, yang nampak macam nak kecundang. Tapi setakat manalah boleh berusaha, kalau sebelah pihak lagi hanya menunggu. Tunggu ditanya, tunggu diberitahu, tunggu diajak, tunggu tunggu tunggu. Komunikasi itu kan dua hala, kalau satu yang bercakap tot tet tot tet, satu lagi diam, yang bercakap tu lama-lama jadi penat, jadi bengang. Seolah-olah sebelah pihak lagi tiada minat nak selamatkan apa yang tinggal, macam tak kisah. Alasan sama diberi setiap kali, sampai bosan telinga mendengar. 'Macam busy je aku tengok ko, taknak la kacau' 'Oh nampak macam ko dah ada gang baru, siapalah kami ni' Arghhhh alasan alasan. 

Ada sebab kenapa 10 itu 10, dan 100 itu 100. Yang 10 itu sama-sama berusaha, bekerja. Yang 100 itu, mungkin hanya satu yang berusaha, atau dua-dua berusaha cukup makan. Memang perlu ada yang 100 itu, sebab kalau ada 100 'best friends' orang kata gila pulak. Tapi yang sedih, kalau yang dari 10, masuk ke 100.

Orang kata kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Itu yang kita tak boleh kawal, tapi persahabatan? Semua ditangan kita. Kita boleh pilih siapa kita nak kenal, siapa kita nak rapat, siapa kita nak bye-bye.

Terpulanglah pada diri masing-masing. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Wednesday, April 27, 2011

DESTINY.

Salam,

I have been thinking about this for quite sometime. I have observed people, and more importantly I have reflected upon myself.

I haven't read 'The Secret' (boo me!). Wait, I curi-curi read one chapter in Kinokuniya the other day. If I'm not mistaken it's about positive and negative thoughts. *Maybe it's time for me to finally read it* But I agree with what they try to convey in the book: 

"You are the master of your own destiny"

It's all in our minds. Whatever we decide to be or to do today, that decision will shape our future. And that decision can be about anything. Everything.

Let say for example, you want to open a mee goreng stall. You have a special recipe that you inherit from your great grandmother. You believe it'll be a good business because everybody around you has been saying it's the best mee goreng that they have ever tasted. Now question is, what kind of business you want it to be? How far you want to take it? Nak jual depan rumah je or nak bukak kedai? Kadang-kadang I feel sad looking at some Malay businesses, ones that I think have a lot of potential to go further, but then they settle for ala-kadar je. Bukak kedai pun macam takde effort, no deco, tak bersih etc.

You see, if in day 1 you decide to be mediocre, mediocre you will be. If you let your mind into thinking, 'I want to open mee goreng restaurant chains', your brain will process that dream, and work around that dream. All your subsequent thoughts and actions will be tailored towards that dream. Some people are afraid to think big, or simply they think it's not feasible. That's why there is this saying:

"Shoot for the moon, even if you miss it, you'll land among the stars"

It is okay to dream big. Even bigger than you thought you could do. Because you won't know how capable you are, until you try it yourself.

And again this is applicable to almost everything. 

You make decisions everyday, big or small. Small decisions, like what to eat may not affect you so much. But big decisions like what kinda job you want to look for after you graduate, you cannot simply say, 'Oh takpelah, duduk rumah setahun dulu, lepas tu baru fikir'. Think big, and be specific if you could, so that you have a vivid picture in your mind, making it easy for your brain to work that thought out. Oh I do that all the time. All the berangan-angan, I love it. Haha. 

Here's another example:

You completed your degree in local uni, but you so want to study abroad. You want to experience how it feels like to experience different cultures, different lifestyle, different climate altogether. But you feel you're not gonna achieve it because your English is not that good, and there's no way your family can fund your studies there. So what do you do? Do you just sit and wait for it to happen? It's not gonna happen, I tell you. If you decide that's what you want, work it! Look for funding opportunities, brush up your English etc. SET YOUR GOAL AND WORK TOWARDS THAT GOAL. Rezeki tak datang bergolek, yo!

What brings me to write this entry?

Because I feel so geram looking at people who don't want to majukan diri sendiri, cepat rasa selesa, and worst, DO NOT BELIEVE IN THEMSELVES.

POSITIVE THINKING, that's what we need. If you keep on saying 'No, I can't do this' 'I don't think I'm good enough' 'Naahh, cannot lah', your brain register those negative thoughts, then you gonna achieve nothing.

We must be fluid with our lives. Constantly moving. Not to sit one place for a long time and hoping that miracle happens.

Let's together change how our brains think, and together we achieve our dreams :)))



p/s: I may sound like a crazy woman membebel-bebel up there but I hope you gain something :)

Monday, April 18, 2011

Bahasa kita, bahasa mereka.

Salam,

(Disclaimer: Entry ni agak provokatif sikit, mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang diperkatakan. Ini personal opinion sahaja, sekiranya ada komen, sila jangan segan-segan tinggalkan di ruang komen di bawah, ye? The topic is opened for discussion.)

Hari ini saya nak cakap dalam Bahasa Melayu, dan jugak bahasa rojak. *macam lah selama ni tak rojak*

Hari tu ada lah sembang dengan seorang kawan, dia cerita pasal PhD dia tengah buat dekat local uni. Dalam ramai-ramai, proposal dia je dalam English, majoriti yang lain dalam Bahasa Melayu. Dia dan supervisor dia siap kena defend untuk dapatkan kebenaran buat proposal dan thesis dalam English. Bila masa dia kena present untuk proposal defense, dia kena soal dengan seorang profesor ni, 'Kenapa awak seorang je dalam English?' Something like that lah. Bunyi macam tak puas hati.

OK itu mukadimah. Soalnya, saya bingung. Kenapa jadi isu proposal tu dalam English ke BM? Personally, saya rasa, lagi better if scientific proposal dan thesis ditulis dalam English. Bahasa global. Semua orang faham. Tambah-tambah lagi research kawan saya ni tentang protein. Kalau research tu pasal 'Khasiat tongkat ali untuk menyembuhkan penyakit malaria', contohnya lah kan, mungkin boleh dipertimbangkan kalau nak buat dalam BM. Sebabnya, tongkat ali dan malaria tu boleh jumpa kat sesetengah negara je, macam Malaysia. Itu pun kalau research tu berjaya, boleh la share dengan tropical countries yang lain, itu pun nak kene translate dulu. Tak ke menyusahkan?

Bayangkan kalau research tu pasal cancer, benda yang orang berkejar-kejar buat, lepas tu kau dapat results mantap gila, kau publish paper, tapi in BM. Bila orang nak cite, dah tak boleh. See, kan dah rugi satu citation di situ. Oh, bila yang sepatutnya English jadi BM, tak payah cerita la kan. Translation nye, mak aih tak terjangkau fikiran nak fikir yang itu perkataan BM untuk perkataan English. 

T helper cell = Sel T pembantu

Non-small cell lung cancer = Kanser peparu bukan sel kecil

Eosinofil teraruh = Activated eosinophil???

*yang dua atas tu memang wujud, taken from the actual research project titles. third one, memang wujud, tapi taktahu apa maksud teraruh tu*

Orang mesti akan argue, bila lagi Malaysia dan Bahasa Melayu nak maju, kalau semua guna bahasa asing. Face it, bahasa kita bukan belum lagi bahasa global. Kalau betul nak scientific research field kita nak maju, gunalah English as medium dulu. Biar orang kenal dulu scientific researchers kita yang mantap tu, publish paper dalam Nature, di panggil pergi bentangkan paper sana sini, lepas tu baru kita publish dalam BM. Masa tu, kalau publish paper dengan loghat Perak pun, orang sanggup nak translate agaknya.

And, kalau betul-betul nak mantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, apakata kita mulakan dulu dengan mass media. Sekarang media suka hati je Melayu-kan perkataan English. Muak dengar. Sebagai penonton dan pembaca setia TV3 dan Utusan Online (setia ke?), dah terlalu banyak jumpa perkataan-perkataan rojak ni. Korang rasa mana lagi better, ayat rojak ke perkataan rojak? 

Contoh dalam Utusan hari ini, artikel pasal Aznil. 

"Malah, Aznil sendiri mengakui AF telah mengubah hidupnya secara total dan terus mengangkat namanya di puncak tertinggi seperti mana hari ini."

Total = keseluruhan?

Dalam Konsert AF9 malam Sabtu lepas, Aznil cakap, "......momen kebenaran..."

Moment of truth =  Momen kebenaran = Saat kebenaran?

Dalam montaj Wanita Hari Ini;

Debat Wanita...Konflik...Kontroversi...Drama...Solusi...

Konflik dan kontroversi tu boleh la dimaafkan, sebab dah digunapakai sekian lama, tapi SOLUSI? Come on man, PENYELESAIAN ada kot. Bukannya tak ada perkataan Melayu untuk SOLUSI.

Banyak lagi la perkataan lain, IMPROVISASI, KONKLUSI dan macam-macam lagi lah.

Improvisasi = Penambahbaikan, Konklusi = Penutup, keputusan (bergantung kepada context ayat)

So really, if you want to take Bahasa Melayu to the next level, start with the mass media first. Then only we talk about science in BM. Agree? Good boy.

Saya pun cakap rojak. Point is, apa yang patut tu, biarkan jelah. Macam scientific research, memang patut dalam English, so let it be. Bila research kita betul dah maju, at least setara macam China ke, baru kita go back to basics.

Like I said earlier, this is my personal opinion. Other people might beg to differ. Maybe somebody already in the academia would have reasons why they would publish papers in BM. If you have your opinion about this, do share ya?




p/s: Jangan risaulah wahai pejuang Bahasa Melayu sekalian, kalau dari lahir makan belacan budu tempoyak bagai, jiwa Melayu kuat dalam hati, belajar science in English pun, balik ghumah mike cakap Peghok juge yeob...