Monday, July 11, 2011

Kira Kira Kahwin

Salam,

Pada suatu malam yang indah, tiba-tiba datanglah satu 'random thought' untuk buat belanjawan. Well actually takde lah random mana. Ada satu hari tu ternampak status seseorang di Facebook, pasal dia sit for an hour untuk buat financial projection/planning dia for the next 10 years. 'Interesting', hati ku berkata. Makanya pada suatu malam yang bosan, terjadilah Kira Kira Kahwin seperti di bawah.

Mungkin ada yang kata I went overboard by planning all these, tapi saja ada aku kesah? Aku nak kahwin grand and most importantly tak mahu buat pinjaman *InsyALLAH*. Jadi, if you are with me, teruskan membaca. Sharing is caring, yo!

Umur yang standard orang sekarang kahwin ialah sekitar 26-28 tahun. Masa tu kerja dah stabil, tak lompat-lompat lagi, income pun of course dah stabil once kerja dah stabil.

Let's give ourselves four years from now before we get hitched. 

Let say you need..

RM 15,000 for wedding

RM   6,000 for honeymoon (kalau local maybe less, ini contoh yang nak honeymoon pergi buat umrah)

RM  5,000 (contribution on your part) untuk fill up your first house with your spouse. Rumah ni tak semestinya korang beli lagi, could be korang sewa je dulu. This amount untuk korang start beli perabot etc. 

So total korang perlukan RM 26,000.

Jadi berapa banyak korang kena save sebulan untuk dapat RM 26,000 dalam account by end of four years? Simple math.

RM 26,000/ 4(12) = RM 542

Yes, korang kena save up RM 542 sebulan. Nampak macam banyak kan? Lepas buat kira-kira hari tu pun rasa macam 'Mak oi banyak nya, nak makan apa???' 

Tapi kira-kira ni sangat relevan ye kawan-kawan. Mungkin korang fikir eh muda lagi, nak fikir pasal kahwin buat pe, buat sesak otak je, nak berfoya-foya dulu lah. Ye, berfoya-foya lah korang selagi larat, tapi at the end of the day, korang nak kena kahwin jugak. 

Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda;

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

Takkan lagi 6 bulan nak kahwin baru menggagau garu kepala fikir mana nak cari duit. Kan bagus kalau dari awal bekerja dah sebelahkan duit untuk belanja kahwin. Sebelahkanlah jugak duit untuk korang berfoya-foya. Tak salah pun. Fair and square. 

Ye, RM 542 sekarang nampak sangat besar. Tapi bayangkan kalau korang start lambat, tinggal setahun lagi nak kahwin, korang kena simpan double tau. RM 1000 sebulan. Pergghhh, masa tu lah terpaksa makan maggi 20 hari sebulan, tak beli baju and kasut 4 bulan, tak kasi duit kat mak 6 bulan, tak tengok movie 8 bulan. Sure taknak kan macam tu? Biarlah nak kahwin pun boleh lagi makan Fish N Chips :)))

Oleh itu, mari semua, kita start menabung. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Saya nak wedding yang boleh tahan grand, tapi bukan tahap artis lah yang pasti. Tee hee hee. Simple tapi grand, cemana tu? I mean at least dapat la apa yang nak, takde la kene kemut sebab tak cukup bajet, you know what I mean? Tapi harapnya tak go overboard lah, thanks to TheOtherKhairul kerana mengingatkan. 

Jom menabung?


p/s: Jangan lupa simpan kat Tabung Haji jugak okay?

1 comments :

ATHIRAH said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Wed Rm15 000 yang? tu wed yg thp sederhana. aku spend 15 000 just utk mkn. xtmsuk bj pelamin hiasan n all. Tp if u can save rm500 a month,lets say for 3 years, for ur part dh almost rm20 000,frm ur partner part another 20K.

But most of all its the life aft d wed. aku dh di brainwash about life aft married. ~aishhh