Thursday, July 14, 2011

Official.

Salam,

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu muncul jua. Tak keruan weekend lepas, otak dok runsing, dapat ke tak dapat ke. Apa kerja tak jalan. Konon nak study untuk exam PTD pun, ke laut jugak.

Hari Isnin pagi-pagi buta bangun call KPT general line, tapi takde sape angkut. Nak call USM, tapi dengarnya Penang cuti hari Isnin. Tapi try jugak lah, sekali dapat. Alhamdulillah, dapat berita gembira. KPT dah luluskan permohonan nak sambung belajar! Yippieeee!

Semalam tengah-tengah malam buta, baru nak buka e-mail sebab keluar sepanjang hari pukul 10 malam baru balik. Pegawai KPT hantar e-mail pukul 3 petang, kasi link untuk download surat tawaran dan segala jenis borang. Dah dapat surat tawaran tu, barulah official semuanya. Ada black and white. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang doa untuk saya dapat offer ni, saya tahu sepanjang minggu lepas dok cakap kat orang-orang pasal susah hati fikirkan results, lepas tu mintak semua doakan. Alhamdulillah, doa saya dan doa-doa anda makbul :)



Seronok bila dah official. Barulah boleh proceed nak buat benda-benda lain. Dulu cari rumah separuh jalan, sebab cuak nak prepare lebih-lebih. Tapi sekarang sudah boleh, dan Alhamdulillah juga community di Nottingham sangat-sangat membantu. Geng-geng satu BTN pun banyak tolong kat Facebook group. Tanya je satu soalan, berderet orang kasi respon. I'm blessed with good people around me :)

Sekarang tengah gigih cari rumah, nak prepare for visa application, buat medical check up, apply visa. Lepas tu dulu ada niat nak study apa yang patut sebelum start belajar balik, tapi macam dah tak sempat je. Buku pn ke laut jugak lah agaknya. Yang seronoknya, thrill thrill nak prepare semua ni dapat kongsi dengan Nysa. Nysa adalah kawan kepada kawan saya budak PennState. Namun kini Nysa telah menjadi UK buddy saya. Yang kurang syioknya, Nysa pergi Cambridge, kalau pergi uni sama dah hooray hooray dah.

Lepas siap segala benda di atas, kena fikir nak pindah pulak. Nak kena kosongkan bilik sekarang ni. Iyolah kan ke menumpang rumah kakak. Lepas ni 3 tahun kat sana, takkan nak biar barang bertapa kat rumah orang. Kakak pulak tengah pregnant, sah-sah bilik ni jadi bilik niece/nephew ku yang comel macam Acu dia. LOL. Ayah pulak dah nak pencen bulan Oktober, jadinya nak kena pindah dari Seremban ke Ipoh pulak. Yay Ipoh tanah airku! Berakhirlah hidup nomad ku selama 5 tahun. Muahahahha. Maka sibuk lah 2 bulan ni.

Yeay, 2 bulan. Sob sob. Sedih nya. 2 bulan tu pejam celik pejam celik dah September okayh. Saya berhajat nak buat open house/kenduri kesyukuran, dan nak semua kawan-kawan datang, boleh tak? Tamak gila nak semua datang. Dari before nak fly pergi US dulu dah pasang hajat, tapi tak kesampaian. InsyaALLAH kali ni nak kasi jadi jugak. Ini jemputan awal gila okay, sampai tarikh pun takde lagi. Pape I'll let you guys know, okay? Datang jangan tak datang.

Sekian sahaja bebelan kali ini. Again, thanks kepada yang doakan saya dapat fly. Hanya ALLAH yang dapat balas jasa anda semua. Saya balas dengan makanan kenduri nanti, okay?

Wassalam.



12 comments :

Afnan ^^ said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Congratulations Dila!!~ =)

riziaq said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

kak dila congratss! :) phd? kak dila dah buat master ke tak perasan pon.

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Afnan ^^ thanks afnan :) i want to know your good news jugak. do share ya?

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@riziaq thanks rizi :) nope, akak mmg xbuat master. skip master. sebab cgpa ok mase undergrad hrtu. Alhamdulillah.

fauzana said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

KO BUAT KAT IPOH AKU BUNUH KOOOOOO.

Amalina said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

tahniah soon-to-be dr. nur adilah rosli!

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@fauzana OMG UGUTANN! HOI DAH UMAH KAT IPOH CELAH MANA LAGI NK BUATNYAA

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Amalina thanks amalinaaaaaaa

NenaNizar said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

congrats dila! :D me still thinking nk sambung ke x huhu -__-"

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@NenaNizar thanks nena :) nanti kite chat2 pasal ni eh? mane tau ak leh tlg skit2 je, bg my two cents worth

Hana Hamidi said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

OMG! Dila! I am so happy for you! Owh saya mahu juga!

When are you leaving?

rose radzi said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

congrats dilaaa..gudluck there :)))