Saturday, March 3, 2012

Cerita Kedai Kopi


Salam,

Bulan puasa tahun lepas, si hati kecil ada berbisik, kononnya nak start pakai skirt all the time, meaning bila keluar dating outing, no more jeans, but nak jadi gadis ayu pakai skirt huhuhu. 'Jeans diet' lah kononnya. Hasrat si hati kecil tu rasanya berjaya jugak la sepanjang bulan puasa tu, dan berterusan sampai bulan raya. Berbekalkan skirt yang dibeli online dan cotton tees from Uniqlo, maka gigihlah hati kecil ni meneruskan niat. Actually, masa dua-dua bulan tu takde lah keluar sangat, sebab masa tu dah menganggur (tunggu masa nak fly) and duduk dengan parents kat Seremban. Keluar pun bila pergi hantar kuih raya kat Putrajaya/Bangi, hantar borang KPT, pergi buka puasa dengan rakan taulan and orang office Ayah dan maybe ada lah berapa kali pergi Jusco Seremban 2 (sebab depan rumah). Lepas tu bulan raya pulak, of course beraya pakai baju kurung, lepas tu (eh berapa banyak lepas tu daaa) pergi cousin kahwin kat Terengganu memang pakai skirt je. Masa tengok Yuna kat MPO tu pun pakai sebab memang kena pakai ala-ala formal gitew. Itu cerita bulan puasa dan raya.

Yuna's MPO Concert
| A-cut skirt RNR Collection | Lacey top Forever 21 |
| Cardigan Romp | Pashmina Reject Shop |

Niat si hati kecil nak teruskan azam tu sampailah ke bumi United Kingdom ni. Namun, apakan daya, sampai-sampai cuaca sejuk sekali dan angin tak mainlah sepoi-sepoi, takut nanti jadi macam Marilyn Monroe lah pulak (read: alasan no.1). Lepas tu (lagi?) rasa macam too dressy lah pulak nak pakai skirt pergi office/lab tetiap hari (read: alasan no.2). Padahal dressy amende, macam makcik je adalah. Konon amik inspirasi dari Shea Rasol, but she looks like a goddess while I look like makcik jual ikan. Huhuhu.

Alasan alasan.

Bila cuaca kembali mengizinkan, lalu bersoraklah si hati kecil ni sebab dapat pakai skirt balik. Tak jamin lagi dapat berterusan, tapi takpe baby step, baby step. 'Rome wasn't built in a day' :))

| Maxi skirt (brown) Shop SputnikSweetheart | Top Primark | Shawl H&M |

| Maxi skirt (grey) Shop SputnikSweetheart
| Crop tee & black inner Primark | Shawl Arab mari |

| Maxi skirt ThePopLook | Top Primark | Shawl Uniqlo |


p/s: Doakan si hati kecil ni istiqamah ye, dan semoga niat nya betul :)

3 comments :

Muhamad Taufik said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

I must say this Jeans suit your better. Jeans + kemeje + aviator = melting pot haha

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Sejak bila lah ak pnh pki aviator? Gabungan tu utk cowok2 ganteng je. Btw, selesa pakai skirt now. Jeans are overrated :P

sury@Adliah said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

cantik!! ^_^