Sunday, August 14, 2011

Desperation is everywhere.



Salam,

Sedih dan takut tengok berita sekarang ni. Anak tetak mak, bunuh ayah. Ragut sana sini, even bulan puasa pun semua ni terjadi. Apa nak jadi dengan dunia ni. Kita bajet, bulan puasa, takdelah dengar berita-berita ngeri ni, instead, penuh dengan berita amal jariah yang orang sekeliling lakukan. Hakikatnya, tak kira bulan apa pun, manusia terdesak ni tetap terdesak.

Begitu juga dengan tempat. Kita bajet, Kuala Lumpur, New York City, dan seangkatan dengannya, bandar penuh jenayah, maksiat, penuh dosa. Dan guess di mana tempat paling suci? Orang Muslim pastilah akan kata Kota Mekah dan Madinah. Memang tak dinafikan, Mekah dan Madinah adalah tempat suci, tempat yang dipelihara oleh Allah SWT. Tapi ia nya tidaklah 'suci' dari orang-orang yang terdesak. Hakikatnya, tak kira dekat mana pun, manusia terdesak ni tetap terdesak.

#1
Peluang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan tahun lepas tak disia-siakan dengan cubaan untuk menyentuh Hajar-ul Aswad. Kesesakan dekat area tu memang tak boleh nak diceritakan. Orang bertolak, menarik satu sama lain, berebut, menjerit, menangis, segala macam benda boleh experience masa tu. Ada seorang 'guard' yang ditugaskan untuk mengawal keadaan di penjuru Kaabah tersebut. Saya membuat percubaan setelah selesai solat sunat, bukan ketika tawaf, sebabnya memang terlalu sesak kalau nak berebut time tawaf tu. Baiklah selesaikan saja rukun-rukun umrah dulu. Setelah menolakkan diri sedaya yang mampu, akhirnya dapatlah sentuh silver frame yang memegang batu syurga tu. Tak tercapai untuk pegang, apatah lagi mencium batu tersebut sebab memang boleh sesak nafas kalau saya cuba lagi. Takat tu je yang termampu. Itu pun telekung masa tu dah hampir nak tertanggal dah, dek orang menolak dan menarik dari belakang. Sedih memang ada sebab sudah terlalu hampir, tapi tak berjaya. Orang kata, 'so close yet so far'. Tapi mungkin belum ada rezeki.

Alhamdulillah, abang ipar saya dua kali dapat mencium batu syurga tu. Beruntung..

Oh cerita pasal orang terdesak tu berlaku pada Mama saya. Atas tu intro je. Dalam keadaan sesak tu, ada yang mengambil kesempatan. Masa tu Mama pergi buat umrah dengan kawan-kawan. Seperti pengunjung Masjidil Haram yang lain, pasti nak cuba cium Hajar-ul Aswad. Begitu juga Mama. Tapi Mama beruntung, dalam keadaan bersesak tu, datang 6-7 wanita Ind** berkata pada Mama yang mereka akan bantu untuk Mama cium Hajar-ul Aswad. Wanita-wanita tersebut bertindak mengepung kawasan kecil agar Mama dapat cium batu syurga tu. Alhamdulillah atas bantuan mereka, Mama dapat cium Hajar-ul Aswad. Tapi, sejurus selepas tu, mereka menarik Mama ke belakang dan meminta wang. Katanya upah kerana telah membantu Mama. Tak sangkakan, begitu dekat dengan Kaabah, tapi orang-orang terdesak ni sanggup buat perkara begitu. Ingatkan ikhlas membantu. Mereka pada mulanya meminta SR400, tapi manalah Mama bawa sebanyak tu, nak pergi buat umrah je pun. Lepas itu mereka minta SR200, dan last sekali Mama pun terpaksa membayar SR100 kerana itu saja wang yang Mama ada pada masa tu.

Image from Google.

#2
Ketika berada di Mekah, kami di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekita Mekah. Ketika melawat Arafah, kami di bawa ke Bukit Arafah/Jabal Rahmah, di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu semula setelah terpisah sekian lama. Oleh sebab peristiwa itu, orang selalu meminta doa bertemu jodoh di puncak Jabal Rahmah ini. Saya pun tak ketinggalan :) Untuk sampai ke puncak, kami perlu menaiki anak tangga yang agak tinggi. Mama pun kuatkan kaki untuk mendaki untuk doakan jodoh anak-anaknya, mungkin :P Sepanjang pendakian itu, terdapat kelibat anak-anak kecil berzikir sambil meminta sedekah. Boleh dikatakan semuanya anak-anak kecil berkulit hitam.  Ada juga kelibat seorang dua wanita dewasa, mungkin ibu kepada anak-anak ini. Tak henti-henti anak-anak ini berzikir. Mereka ini berbaring di atas anak-anak tangga itu dan apa yang jelas, mereka kelihatan seperti kudung kedua-dua belah tangan. Tapi pada waktu itu, saya agak musykil, kerana tangan mereka yang kudung itu kelihatan tajam, seperti bila kita melipat tangan kita, maka siku kita jadi 'tajam'. Get what I mean? Huhu. Jadi setelah berdoa, dan ketika menuruni bukit tersebut, saya berkata kepada Mama tentang itu. Mama pun pelik, lalu Mama cuba menyentuh tangan kudung seorang kanak-kanak disitu. Dengan lajunya dia menepis, dan muka bertukar marah. Benarlah tekaan saya, bukan kudung, tetapi mereka melipat tangan lalu meletak kedua-dua tangan di belakang leher, untuk dapat effect 'kudung'. Tapi siku mereka tidak dapat menipu. Saya rasa ada lebih 10 kanak-kanak sepanjang tangga ke atas bukit itu, dan hampir kesemua mereka dengan berbaring lagak yang sama. Terkejut, dan sedih dalam masa yang sama kerana sejak dari kecil anak-anak ini telah diajar untuk mengemis dan menipu. 







 .

Semoga tiada di antara kita yang tergolong dalam golongan orang-orang terdesak ini. Sama-samalah kita doakan agar mereka mendapat hidayah dari Allah SWT. 





0 comments :