Wednesday, July 27, 2011

Bimbo-ism.

Salam,

Satu perbualan telah berlaku di antara dua strangers. Kedua-duanya sedang mengikuti kursus. Si penulis memang memakai topi 'skema' sepanjang kursus kerana perangai sebenar tidak boleh ditunjukkan atas sebab-sebab tertentu.

Sewaktu minum pagi, di atas meja makan..

Kakak sebelah: Nama siapa?

Penulis: Adilah. Akak? School mana?

Kakak sebelah: ****. *school apatah tak ingat, pergigian termaju ke ape tah* Awak school mana?

Penulis: School Bio *Penulis sudah mula belajar gaya-gaya cakap budak USM*

Kakak sebelah: Oh, dulu degree dekat USM ke? Ni nak sambung Master ke PhD?

Penulis: Oh tak, saya dulu degree kat US. Nanti nak sambung PhD.

Kakak sebelah: Oh, awak la yang...

Penulis: *menyengih* Ye, saya lah tu. *ya, tanpa disedari penulis agak famous di kursus itu kerana nama di point hari pertama, talk yang pertama -___-*

Motif entry ni baru nak masuk ni. Atas tu baru mukadimah.

Kakak sebelah: Oh, saya ada sedara belajar dekat US jugak. Tapi taktahu pulak uni mana.

Penulis: Oh yeke? Nama apa? Kot-kot la kenal.

Kakak sebelah: Fauzana.

Penulis: Ha?? Fauzana apa? *sambil memegang tangan Kakak sebelah, tanda topi 'kpochi plus bimbo' bakal disarungkan*

Kakak sebelah: Fauzana Kasim.

Penulis: OMG OMG SHE IS MY BEST FRIEND. SHE'S LIKE MY SUPER BESTFRIEND. *dengan sebelah tangan lagi menutup mulut ala-ala gaya bimbo terkejut* Ya Allah keciknya dunia. *sambil tangan masih memegang tangan Kakak sebelah*

Dan perbualan itu berterusan. Rupa-rupanya Kakak sebelah turut mengenali Hawa, Farid Halim dan Hasrizul *nama seperti yang disebut Kakak sebelah* kerana mereka semua alumni SERATAS.


Sigh.

Moral of the story, jadilah diri sendiri. Tak payah lah nak control ayu.

Muahahahahaha.

3 comments :

Anna said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

terasa nk text kak uda and btau kebimboan ko skang gk ahahahahahahahahahahahaha

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

hooiii jangannnnn malu ahhh kene contol ayu sehh

alchemistar said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

bimbo. for sure. hahah