Salam,
Hari ni jadi supir, drive dari Putrajaya ke Seremban. Keluar je Tol Kajang, perghhh jam bumper-to-bumper. Tak bajet plak jam seawal tu, ingatkan paling teruk pun jam kat Nilai. Sekali tengok message board kat highway tu, 'Trafik perlahan dari Bangi ke Seremban. Harap Bersabar'. Fuuhh nasib baik CC aka the pregnant lady aka my sister tahu ikut jalan dalam. Masuk simpang Bangi, patah balik Putrajaya, cari jalan masuk Dengkil, pegi Seremban ikut jalan dalam. Sampai gak la dalam sejam lebih. Kalau ikut PLUS tu mahu 2-3 jam nak sampai Seremban tu. Time tu dah la lapar gila, nasib ada bawak roti telur dalam kereta, sebab tak sempat makan kat rumah. Maka bersuap lah dua makhluk dalam kereta tu sementara nak sampai.
Sampai je Seremban, terus Ayah bawa pegi area Stadium Paroi, makan kat Nasi Arab Damsyik. Actually a friend of mine yang suggest, so pegi la try. Lagipun setiap kali datang Seremban, asyik makan tempat sama je, makan masak lemak cili api, kali ni tukar selera plak.
It's actually a restaurant in a house. Keliling semua banglo, tetibe satu rumah jadi restaurant.
Indoor seating macam ala-ala Mediterranean. Ade outdoor seating jugak.
Chai tea (tea with peppermint leaves) and their signature drink Mango Lassi. Mango Lassi tu mmg sedap la, tapi Chai tea tu kureng sikit. Tak rasa sangat mint nye.
Set Thalasa Ayam+Kambing, for 3 pax. Ada set Wahid for 1 pax and set for 5 and 10 pax. Tak silap ada ayam and kambing je. Sedap! Nasi tu ade rasa ayam, rasa daging and rempah-rempah semua cukup. Oh set for 3 ni harganya RM50. Served in a dulang.
Licin yo! Haha Overall memang sedap. Cuma yang kurang part menu la, tak macam restaurant arab yang lain. Yang ni mmg simple je. Jalan Jalan Cari Makan pun dah sampai sini. Pasni nak try Sahara Tent plak, or Al Rawsha ke. Yang memang pure Arab-style punye. Oh yg ni owned by Malays kalau tak silap, sebab waiter sume Malays. Sahara Tent tu semua macam owned by Arabs.
A- for food.
A+ for ambiance.
For dinner, CC aka the pregnant lady aka my sister mengidam makan sotong kangkung. Ayah being a caring daddy, bawak la dia pegi satisfy her craving. Last nye bukak sotong kangkung je, kerang bakar and tauhu bakar pun masuk list.
Oh oh, something funny happened tonight before dinner (tetibe English pulak dah). Kelam kabut siap tadi, Ayah dah tunggu kat luar. Terhegeh-hegeh nak iron baju (padahal makan kat tempat gelap je pun gigih nak iron baju) sekali terbakar baju. Ok terbakar tu exaggerate. Macam terlekat kesan burnt la kat baju tu. Dah kelam kabut takde baju nak pakai, pegi sarung je baju Mama. Tak penah share baju ng Mama selama 23 tahun hidup okay, melainkan baju kelawar ke maxi ke. Ni baju berjalan pakai baju Mama. Nasib la okay. Keluar je rumah kene gelak ngan CC and Ayah, sebab baju tu besar sikit, and nampak macam makcik. Dah la tudung pun sarung tudung Indon Mama. Adoi lah.
See? See? Makcik much?
Eh gambar satu lagi takde watermark. Malas pulak dah.
Ok itu sahaja kthxbai!
1 comments :
u wore the pario????? i dunno where n when to wear it
Post a Comment