Thursday, June 30, 2011

Dread to great.


Salam,


*mood nak blog in Bahasa*

Khamis lepas, pergi Kursus BTN (Biro Tatanegara) dekat Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan. Pergghh sebelum pergi tu sumpah malas gila, dah la kena beli baju sekolah putih tak pasal-pasal. Cari merata-Carrefour, Parkson, Mydin semua takde. Pelik gak, bile bukan musim masuk sekolah, diorang tak jual, habis tu kalau tengah-tengah tahun baju sume da koyak rabak, parents nak beli kat mane?? Nasib la jumpa satu kedai kat Precinct 15 jual baju sekolah, tu pon RM28.90 sehelai. Kayap beli 3 helai, untuk pakai 5 hari je. Anak sapa tak cukup baju meh sini nak jual half price. Nasib skirt hitam ada cukup 3 helai tak payah beli.

So berlepas la ke US pagi Khamis. Dalam hati, Tuhan je yang tahu. Biasalah, kaki complain huhu. Mula-mula dalam surat tulis 'Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang'. Dah redha dah. Sekali masa first day, jurulatih cakap phone bole je gune, tapi bukan time ceramah. Yelah, yang datang tu mak mak bapak bapak orang, sure la nak guna phone tanya khabar anak kat rumah. Dah seronok boleh guna phone, sekali jurulatih cakap Maxis memang takde lain langsung. Uwaaaa pasrah. Celcom je yang ade, tu pun sebab dulu ade Kursus Perdana buat kt US, CEO Celcom join kursus tu. Sekali dia tengok Celcom takde line, habis kursus terus naik menara Celcom kat situ. Good job Mr. CEO. Bertindak pantas! 

Jadi, bermulalah kembara seorang budak sekolah 'wannabe' tanpa komunikasi dengan dunia luar selama 5 hari.

OK malas nak cerita panjang-panjang pasal BTN. Ringkasannya, BTN kali ni (last time pergi time 2007, sebelum fly ke US), memang lenient gila. Boleh kata 60% je ikut jadual asal. Patut ada senaman pagi petang, ade la 3 kali je kot daripada patutnya 8 kali tu. Aktiviti utama ialah MAKAN. 6 meals per day, memang menggemukkan. Ceramah 2 jam, makan. Sambung ceramah, pastu makan balik. Tapi biasalah kan, nama pun sleepyhead, selalu gak la terlelap time ceramah. Even masa discussion dalam kumpulan kecil pun, boleh tersengguk. Sah-sah fasi tu nampak, nasib lulus gak. Alhamdulillah.

Yang seronok, dapat tengok kerenah dan telatah orang-orang yang lebih senior pergi kursus. Dulu masa 2007, pergi dgn budak-budak nak sambung degree, so perangai lebih kurang sama. Ini ada yang dah jadi medical doctor, nak sambung buat sub-specialist dalam oncology la, pediatrics la. Mostly semua kat situ lecturers dari local unis, nak sambung Master or PhD. So umur dalam lingkungan 30s-40s la. Geli hati gak tengok perangai diorang. Dah ada anak berderet pun tapi bila pergi kursus perangai revert jadi macam budak-budak sekolah balik. Seronok sebab dapat buat networking; yelah diorang tu semua somebody in their own fields, so dapat la input sikit-sikit pasal different fields. And in the future kalau perlu bantuan pape, dah ade orang nak contact. Tapi what amazed me was that bila tanya akak-akak ni nak sambung buat ape, mostly cakap Engineering. Akak-akak ye, bukan abang-abang. Aku je kot yang jakun tengok banyak engineers perempuan. Macam kagum pun ada, aku rasa 'engineering' tu satu benda yang amat complex untuk belajar and rasa lelaki je yang is built for this job, tapi still ada ramai perempuan dalam bidang ni. Flower power hoyeah!

Pictures time!! *Gambar tak banyak, sebab malas bawak kamera sendiri. Ni pun harap orang tag huhu*

Group 3 :)

Makan dalam group okay. Baca doa sama-sama.
 Pastu kena basuh tray and cawan sendiri. LOL

Last night dekat BTN. Ada pertandingan lagu patriotik. 
Muka cuak tak hafal lirik hehe

Bukti tak hafal lirik - bawak lirik naik pentas. Kat atas tu dah cuak sgt, lirik pun tak ingt, nak tengok pn kelam kabut, last nye main bantai je. Oh, kena nyanyi lagu Malaysia Baru. Sumpah tak pernah dengar before this. Rupanya lagu Saloma. Sekali menang no. 3 seh. Padahal mmg beterabur gila (me, at least). Agaknya sebab lagu tu best kot. Fasi cakap lagu tu mmg salu menang.

Oh, masa first day, recognized dua orang ni, rasa macam kenal. Sekali mmg betul, seniors kat Bainun dulu. Main orkestra sama. Abg Elly and Kak Fatim, seniors Form 5 and Form 3 masa Form 1 dulu. What a small world.

Last day, ada Kembara. Masuk hutan, daki bukit, turun bukit, trekking untuk ke Empangan Ulu Sepri. Semput seh, lama tak exercise.
Pic with Kak Fi and Juju. Kak Fi sehati sejiwa, timing pergi tandas selalu je sama. Haha. Pasni ade geng dah kat Penang yahoo!

Inilah empangan terbabit. Kitorang sampai kat atas tu lepas jungle trekking 30 mins camtu, pastu amik-amik gambar kat atas tu, pastu turun. Perrghh turun seyes mencabar lutut. Siap ada yang abseiling.


Apa dapat pergi BTN ni? 

Well, thanks to BTN, now dah ingat balik cerita sejarah kemerdekaan dan sejarah Malaysia. Biasalah, manusia cepat lupa, kena selalu diingatkan. Harapnya negara kita ni aman damailah ye sehingga ke hujungnya. Kepada pengkhianat bangsa dan negara tu, kalau rasa nak hidup macam kat Palestine, Iraq dan Afghanistan, hidup dalam peperangan, darah sana sini, teruskan lah buat what you do best.    Paham, korang jadi macam tu sebab lack of knowledge tentang sejarah kita, selalu dok ikut orang je, nampak rusuhan and demonstrasi tu mcm the 'in' thing, so ikut je la. *tetibe emo* Sedih ok tengok video anak bangsa sendiri merusuh, baling baling batu kat kereta polis, tak hormat Sultan. Pastu bayangkan pulak daripada baling-baling batu tu, terjadi peperangan macam kat Palestine semua tu, menangis beb tengok video tu. Korang hati batu maybe tak rasa la kot. Tah tah seronok sebab tengok muka korang tengah baling batu kat orang dalam video tu. *masih emo* Kesimpulannye, apa yang korang nak buat pun, kalau taknak fikir diri sendiri, fikir la generasi akan datang, anak-anak korang. Kita kat sini sekarang, atas tindak tanduk orang-orang terdahulu yang berjuangkan kemerdekaan. Kita berterima kasih kat diorang. Tapi nanti bila turn anak-anak korang, tah tah korang kena maki, hidup sia-sia gaduh sana gaduh sini, anak-anak korang yang hidup masa akan datang tu hidup merempat. Renung-renungkan dan selamat beramal *emo tamat*

 Ada dua benda yang lekat kat kepala lepas tamat BTN haritu. Ni more kepada life values la.

Orang yang berjaya, mesti cepat adapt dan adjust dengan keadaan sekeliling.
Ni introduction fasi Group 3 mase discussion pertama. En. Hambali cakap mesti ramai yang meronta-ronta *exaggerate* taknak pergi BTN. Tapi nak buat macamana, menangis air mata darah sekali pun (ni ayat Mama suka guna), memang kena pergi BTN kalau nak fly. Jadi daripada kita dok buang masa sedih, monyok, marah, emo pasal kene g BTN, pasal katil tak empuk, makan tak sedap, tandas tak bole flush, just terima hakikat tu dan adjust dengan benda-benda tu. Orang yang buang masa fikirkan apa yang dia tak dapat dan apa yang dia patut dapat, bukanlah seorang yang berjaya.

Orang yang 'happy', adalah orang yang sentiasa berterima kasih, yakni bersyukur.
Apa maksud 'happiness'? Setiap kali lepas habis exam, happy. Kalau dapat A, happy; kalau fail, monyok. Bila masa akan dapat 'ultimate happiness' kalau lepas setiap kali happy, pastu mesti ada benda yang buat kita tak happy. En.Hambali share dengan Group 3, punca kebahagiaan yang sebenar ialah apabila kita sentiasa berterima kasih, bila kita bersyukur pada Allah dalam setiap perkara. Bila kita acknowledge suatu perkara yang berlaku tu, and kita berterima kasih sebab ianya terjadi, nescaya kita akan rasa happy dan contented. 

Jom kita amalkan dua benda ni?

OK sumpah panjang gila dah ni. Let me finish it up with a teka-teki. Sape rajin jawab, drop your answers kat comment.

Teka-teki ni untuk teka bilangan adik-beradik korang. Kira termasuk diri sendiri k.

Jumlah adik-beradik lelaki (ingat kira diri sendiri kalau korang lelaki) + 1 = a
a X 2 = b
b + 1 = c
c X 5 = d
d + Jumlah adik-beradik perempuan (tambah diri sendiri kalau korang perempuan) = e


Beritahu number yang korang dapat untuk 'e', then I can tell how many siblings you have :P






p/s: Thanks for reading :)










5 comments :

alchemistar said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Brain washed! Sorry to say

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

haha it was nothing near brain-wash. the whole thing was so laid back. ini cuma kesedaran sendiri. i was never fond of the opposition anyways. there you go!

Afnan (^_^) said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

38! :P

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Afnan ^^

lemme try..

u have 2 male siblings, and 3 female siblings.

betul ke? hehe

Afnan (^_^) said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Haha, betul!
Well, good luck with your studies!! :)