Monday, April 18, 2011

Bahasa kita, bahasa mereka.

Salam,

(Disclaimer: Entry ni agak provokatif sikit, mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang diperkatakan. Ini personal opinion sahaja, sekiranya ada komen, sila jangan segan-segan tinggalkan di ruang komen di bawah, ye? The topic is opened for discussion.)

Hari ini saya nak cakap dalam Bahasa Melayu, dan jugak bahasa rojak. *macam lah selama ni tak rojak*

Hari tu ada lah sembang dengan seorang kawan, dia cerita pasal PhD dia tengah buat dekat local uni. Dalam ramai-ramai, proposal dia je dalam English, majoriti yang lain dalam Bahasa Melayu. Dia dan supervisor dia siap kena defend untuk dapatkan kebenaran buat proposal dan thesis dalam English. Bila masa dia kena present untuk proposal defense, dia kena soal dengan seorang profesor ni, 'Kenapa awak seorang je dalam English?' Something like that lah. Bunyi macam tak puas hati.

OK itu mukadimah. Soalnya, saya bingung. Kenapa jadi isu proposal tu dalam English ke BM? Personally, saya rasa, lagi better if scientific proposal dan thesis ditulis dalam English. Bahasa global. Semua orang faham. Tambah-tambah lagi research kawan saya ni tentang protein. Kalau research tu pasal 'Khasiat tongkat ali untuk menyembuhkan penyakit malaria', contohnya lah kan, mungkin boleh dipertimbangkan kalau nak buat dalam BM. Sebabnya, tongkat ali dan malaria tu boleh jumpa kat sesetengah negara je, macam Malaysia. Itu pun kalau research tu berjaya, boleh la share dengan tropical countries yang lain, itu pun nak kene translate dulu. Tak ke menyusahkan?

Bayangkan kalau research tu pasal cancer, benda yang orang berkejar-kejar buat, lepas tu kau dapat results mantap gila, kau publish paper, tapi in BM. Bila orang nak cite, dah tak boleh. See, kan dah rugi satu citation di situ. Oh, bila yang sepatutnya English jadi BM, tak payah cerita la kan. Translation nye, mak aih tak terjangkau fikiran nak fikir yang itu perkataan BM untuk perkataan English. 

T helper cell = Sel T pembantu

Non-small cell lung cancer = Kanser peparu bukan sel kecil

Eosinofil teraruh = Activated eosinophil???

*yang dua atas tu memang wujud, taken from the actual research project titles. third one, memang wujud, tapi taktahu apa maksud teraruh tu*

Orang mesti akan argue, bila lagi Malaysia dan Bahasa Melayu nak maju, kalau semua guna bahasa asing. Face it, bahasa kita bukan belum lagi bahasa global. Kalau betul nak scientific research field kita nak maju, gunalah English as medium dulu. Biar orang kenal dulu scientific researchers kita yang mantap tu, publish paper dalam Nature, di panggil pergi bentangkan paper sana sini, lepas tu baru kita publish dalam BM. Masa tu, kalau publish paper dengan loghat Perak pun, orang sanggup nak translate agaknya.

And, kalau betul-betul nak mantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, apakata kita mulakan dulu dengan mass media. Sekarang media suka hati je Melayu-kan perkataan English. Muak dengar. Sebagai penonton dan pembaca setia TV3 dan Utusan Online (setia ke?), dah terlalu banyak jumpa perkataan-perkataan rojak ni. Korang rasa mana lagi better, ayat rojak ke perkataan rojak? 

Contoh dalam Utusan hari ini, artikel pasal Aznil. 

"Malah, Aznil sendiri mengakui AF telah mengubah hidupnya secara total dan terus mengangkat namanya di puncak tertinggi seperti mana hari ini."

Total = keseluruhan?

Dalam Konsert AF9 malam Sabtu lepas, Aznil cakap, "......momen kebenaran..."

Moment of truth =  Momen kebenaran = Saat kebenaran?

Dalam montaj Wanita Hari Ini;

Debat Wanita...Konflik...Kontroversi...Drama...Solusi...

Konflik dan kontroversi tu boleh la dimaafkan, sebab dah digunapakai sekian lama, tapi SOLUSI? Come on man, PENYELESAIAN ada kot. Bukannya tak ada perkataan Melayu untuk SOLUSI.

Banyak lagi la perkataan lain, IMPROVISASI, KONKLUSI dan macam-macam lagi lah.

Improvisasi = Penambahbaikan, Konklusi = Penutup, keputusan (bergantung kepada context ayat)

So really, if you want to take Bahasa Melayu to the next level, start with the mass media first. Then only we talk about science in BM. Agree? Good boy.

Saya pun cakap rojak. Point is, apa yang patut tu, biarkan jelah. Macam scientific research, memang patut dalam English, so let it be. Bila research kita betul dah maju, at least setara macam China ke, baru kita go back to basics.

Like I said earlier, this is my personal opinion. Other people might beg to differ. Maybe somebody already in the academia would have reasons why they would publish papers in BM. If you have your opinion about this, do share ya?




p/s: Jangan risaulah wahai pejuang Bahasa Melayu sekalian, kalau dari lahir makan belacan budu tempoyak bagai, jiwa Melayu kuat dalam hati, belajar science in English pun, balik ghumah mike cakap Peghok juge yeob...

13 comments :

Azril Azizi said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

good point,
first time ak baca post ko sampai abis (jk jk)
mula-mula ak agak sceptical sikit, tapi bila baca ko nye reason, ak nye idea "teraruh" sikit kat point ko (main suka hati je pakai)
xde pe nak cakap selain, ak sokong pendapat ko!!!!!!!

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Zz~

wah tahniah kerana berjaya menghabiskan bacaan anda!

ak try test 'reply to comment' kt comment ko, see if it works.

kenapa skeptikal? ko pejuang bahasa kebangsaan eh? hehe

Afnan (^_^) said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Setuju 100%!!
Agree much with your opinion!
Gua setuju sama lu punya pendapat!

Anna said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

aku baru terbaca blog ko nih lpas aku jumpa perkataan RASIS OMG NAK PENAMPARRRRRR. annoying okeh. nk martabatkan bahasa melayu tapi merosakkan bahasa. tak payah lah tambah2 perkataan yang dh sedia ada hanya untuk nak menyenangkan penggunaan. wtf tul ahahahahahaha emo jap

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@fauzana

RASIS? Seriously people?? OMG ape dah jadi dgn Malaysia? Hahahaha

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Afnan ^^

thanks for dropping by afnan!
ko blk msia nanti ko tengok je la berita ke ape ke, sure rase nk cekik2 org baca berita tu. haha

Afnan (^_^) said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

You're welcome.
Selalu je dropping by, but just being a silent reader :P
Haha, takut nk blk msia.
Baca blog ko dan pao sudah cukup utk mengetahui tentang keadaan msia.

Anna said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Afnan ^^
my blog is enough to give you impression abt malaysia today, right? you'll see moreee afnan hahaha

Azril Azizi said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

xde la pejuang bahasa kebangsaan, tapi hanyalah seorang yang nak lihat bahasa melayu menjadi suatu bahasa perantara suatu hari nanti.
mungkin sekarang belum masanya lagi kan, nampak janggal (lol, awkwward) kalau baca thesis or any research paper dalam BM, tapi hopefully one day sume menda bole gunakan bahasa melayu dengan btol.
ak setuju kalo cam research pasal tongkat ali n whatnot pakai bahasa melayu, n kalo PhD kawan ko tu buat dalam BI, its ok tapi ak agak terkilan kenapa prof tu sangat taken a back dengan proposal PhD dalam BI tu, ak rasa dia bole tanya elok2 and ak x paham kenapa dia perlu tnya pun soalan kenapa menda tu bukan dalam BM. dia ada masalah attitude ni, lol.
All in all not to be bias nak sokong siapa btol, kebanyakan bahasa melayu pun banyak derive from BI, rasis ak pun penah baca dalam akhbar2 melayu, assumption ak maybe Dewan Bahasa dan Pustaka dah serap sikit2 vocab BI nak jadikan BM. tapi ak setuju kalau kita utamakan penggunaan vocab BM tu.
sekian sari berita penting~

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@Zz~

wow ajiji telah mengorak langkah kehadapan bukan shj dgn habis baca post yg pjg, malah skrg dah comment dgn pjg! hehe i appreciate it :)

this morning i watched MHI, ade Dr from USM dah hasilkan alcohol-free, anticancer mouthwash, which will be in the market very soon. and he will be presenting his research in texas. way to go, kan? n good thing is, it's bilingual. im sure the project is in english, but bile masuk national tv, he knows how to articulate his research in BM.

syafrul said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

go USM!!!

ATHIRAH said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Uuhh..aku le tu pencetus entry ni.hehe..btw syg, hr tu ada biotech convention with scientists from Korea,US,ETC. Editor NATURE kata NATURE terima journal/articles in English, Mandarin, Korea, n Japan. How cool is that? Mandarin, Korea n Japan? Dh staraf dgn international language. And ada scientist from US, asked in the middle of the crowd infront of CEO MOSTI, "Y Msia sponsor education fee then tie these people to ridiculous bond?They should be able to work in any country to broaden knowledge". Sentap kn!

Adilah Rosli said... Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

@ATHIRAH

wow i loikeee that question. haha. ape org MOSTI tu ckp?

wah mandarin korean japanese dah setaraf ng english? even french german pn xmasuk list. dasyat tuu