Entah lah labu, acik pun tak tahu.
Masa mula-mula buat 'What's cookin?' tu semangat bukan main. Siap amik gambar setiap step tu, pastu trus post. Sekarang gambar step-by-step kemana, recipe ke mana, tinggal gambar final product je. Tu pun masuk Facebook instead of post kat sini. Admittedly, blogging has seen better days. Dengan kewujudan telefon pintar dan kebanjiran 'apps' yang macam-macam rupa, maka 'habis madu sepah dibuang'. Walaupun wujud 'Blogger app' dan seangkatan dengannya, still tak menyelesaikan masalah sebabnya blogging kena bubuh words, walhal *aiceh* kalau guna Mobile Uploads atau Instagram mahupun Twitter hanya perlu upload gambar lalu terus berpegang pada prinsip 'A picture is worth a thousand words'. Blogging pun tak sampai 1000 words kadang-kadang. Maka jelaslah bahawa saya malas update blog.
Di kesempatan ini nak mengucapkan *macam nak raya daa* yang semua gambar-gambar makanan yang di upload di merata-rata tu bukanlah semuanya air tangan ku. Rezeki Allah bagi housemates yang pandai and suka masak *penting nak sebut dua-dua sebab ada orang pandai masak tapi malas, walaupun ini jarang* dan yang paling penting suka makan jugak. Sebabnya kalau kita masak beria-ria sekali diri sendiri makan semua balik gila down seh. Macam tak dihargai lol.
Kenapa upload gambar makanan? Lelaki suka complain perempuan suka sangat amik gambar makanan. Saja lah suka-suka. Amboi korang orang upload gambar depan cermin kata vain, upload gambar makanan mengata benda lain pulak. Janji tak keluar ayat geli 'Arini Ayang masak chicken chop ilebiyu untuk Abang' sudaaaaaaah.
kthxbai!
0 comments :
Post a Comment