Satu perbualan telah berlaku di antara dua strangers. Kedua-duanya sedang mengikuti kursus. Si penulis memang memakai topi 'skema' sepanjang kursus kerana perangai sebenar tidak boleh ditunjukkan atas sebab-sebab tertentu.
Sewaktu minum pagi, di atas meja makan..
Kakak sebelah: Nama siapa?
Penulis: Adilah. Akak? School mana?
Kakak sebelah: ****. *school apatah tak ingat, pergigian termaju ke ape tah* Awak school mana?
Penulis: School Bio *Penulis sudah mula belajar gaya-gaya cakap budak USM*
Kakak sebelah: Oh, dulu degree dekat USM ke? Ni nak sambung Master ke PhD?
Penulis: Oh tak, saya dulu degree kat US. Nanti nak sambung PhD.
Kakak sebelah: Oh, awak la yang...
Penulis: *menyengih* Ye, saya lah tu. *ya, tanpa disedari penulis agak famous di kursus itu kerana nama di point hari pertama, talk yang pertama -___-*
Motif entry ni baru nak masuk ni. Atas tu baru mukadimah.
Kakak sebelah: Oh, saya ada sedara belajar dekat US jugak. Tapi taktahu pulak uni mana.
Penulis: Oh yeke? Nama apa? Kot-kot la kenal.
Kakak sebelah: Fauzana.
Penulis: Ha?? Fauzana apa? *sambil memegang tangan Kakak sebelah, tanda topi 'kpochi plus bimbo' bakal disarungkan*
Kakak sebelah: Fauzana Kasim.
Penulis: OMG OMG SHE IS MY BEST FRIEND. SHE'S LIKE MY SUPER BESTFRIEND. *dengan sebelah tangan lagi menutup mulut ala-ala gaya bimbo terkejut* Ya Allah keciknya dunia. *sambil tangan masih memegang tangan Kakak sebelah*
Dan perbualan itu berterusan. Rupa-rupanya Kakak sebelah turut mengenali Hawa, Farid Halim dan Hasrizul *nama seperti yang disebut Kakak sebelah* kerana mereka semua alumni SERATAS.
Sigh.
Moral of the story, jadilah diri sendiri. Tak payah lah nak control ayu.
Muahahahahaha.
terasa nk text kak uda and btau kebimboan ko skang gk ahahahahahahahahahahahaha
ReplyDeletehooiii jangannnnn malu ahhh kene contol ayu sehh
ReplyDeletebimbo. for sure. hahah
ReplyDelete